HVAC

Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) – PIND & PAJAR

Posted on Updated on

Direktori ini merupakan satu kumpulan data yang terdiri daripada Pakar Industri dan Pakar Pengajar. Ia bertujuan mendaftar dan memperakukan individu (personel) yang berpengalaman luas dan berkemahiran dalam sektor industri mengikut kriteria tertentu. Pakar Industri Negara terbahagi kepada 2 iaitu Pakar Industri atau PIND yang bermaksud pekerja industri yang mahir, berpengalaman dan pengamal (practioner) dalam industri berkaitan. Pakar Pengajar (PAJAR) pula adalah pengajar mahir yang berpengalaman dalam sesuatu program kemahiran. Kriteria umum kedua – dua pakar ini ialah Warganegara Malaysia / PR Malaysia dan pengalaman kerja/mengajar minima 10 tahun.

maksud pajar
Direktori Pakar Industri Negara

Bagi kategori PAJAR kriteria / syarat tambahan adalah seperti rajah berikut.

syarat pajar

Untuk lebih memahami Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) ini pembaca boleh download slide powerpoint di laman web CIAST. Saya ada menghantar borang permohonan sebagai PAJAR kira – kira 2 minggu lepas. Maklumat awal yang saya perolehi berkaitan keputusan permohonan ini adalah dalam tempoh sebulan dan makluman secara bertulis akan diberi samaada berjaya atau tidak.

borang permohonan PAJAR
Contoh Borang permohonan PAJAR

Langkah – langkah permohonan:

  • Download Borang Permohonan.
  • Lengkapkan semua maklumat beserta salinan sijil berkaitan yang disahkan.
  • Hantar borang permohonan ke:

Unit Pentauliahan Personel & Pakar (UPPP)

Program Kelayakan Kekompetenan (PKK)

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Peti Surat 7012 ,

Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,

40900, Shah Alam,Selangor .

Tel : 03-5543 8200

Permohonan saya telah pun berjaya dan menerima Surat Perakuan Pakar Pengajar (PAJAR) seperti di bawah.

daftar PAJAR

Malaysian Air – Conditioning & Refrigeration Association (MACRA).

Posted on Updated on

macra

objektif MACRA
Objektif MACRA

MACRA (Malaysian Air – Conditioning & Refrigeration Association) atau Persatuan Penyejukan dan Penyaman Udara Malaysia merupakan satu organisasi yang ditubuhkan atas beberapa objektif seperti di atas. Kategori ahli MACRA terbahagi kepada 2 iaitu Corporate Members & Individual Member. Untuk menjadi ahli MACRA ikuti langkah – langkah berikut :

  • Muaturun Membership Form.
  • Isi dan penuhkan ruangan berkenaan dan emel ke enquiry@macra.org.my (up : Ms Ann Lo)
  • Bayaran dikenakan sebanyak RM100 iaitu untuk yuran penyertaan (RM50) dan yuran tahunan (RM50).
  • Bayaran dibuat selepas pengesahan keahlian dan anda akan menerima invoice untuk tujuan pembayaran.
invoice
Contoh Invoice

Anda akan mendapat sijil keahlian MACRA selepas pengesahan pembayaran. Sijil akan dipos ke alamat yang diberi dalam masa seminggu.

Saya baru sahaja menerima sijil keahlian sebagai Individual Member.

MACRA Certificate
Sijil Keahlian MACRA

Kelebihan menjadi Ahli MACRA.

Buat masa ini saya ada menerima jemputan menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak MACRA. Tempat adalah terhad dan kelebihan kepada ahli kerana mendapat maklumat lebih cepat. Lain – lain kelebihan akan saya kemaskini dari semasa ke semasa.

HVAC Materials Ver 1.0

Posted on Updated on

Koleksi Video Pembelajaran, Ebook dan Perisian dalam bidang HVAC (Heating, Ventilation & Air Conditioning) kini telah dikumpulkan untuk memudahkan pembacaan dan pengajaran. Koleksi ini bersaiz lebih 2.3GB diperolehi dari sumber internet dan kursus – kursus yang saya hadiri. HVAC Materials Ver 1.0 ini diedar secara PERCUMA bersama – sama dengan pembelian bahan PdP cikgunas. 

cikgunasipad
HVAC Materials
learning videos
Learning Videos
ebook1
HVAC Ebook 1
ebook2
HVAC Ebook 2
software
Software

Sila rujuk laman web berikut untuk bacaan lanjut : http://cikgunasminisite.blogspot.com/